+

+

Belajar Matematik Hanya RM15 Seminggu

Posted by SibPoring On 12:25 AM

Shallom !

Makluman penting kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan dalam tingkatan 3, 4 dan 5 pada pahun 2014 ini.

Pihak kepimpinan gereja SIB Poring akan menganjurkan satu sesi pembelajaran khususnya matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan pada ketetapan berikut.



Tarikh: 21-28 Mac 2014
Tempat: Gereja SIB Poring Ranau
Yuran: RM 15 seorang sahaja selama seminggu pembelajaran. 

Sebagai info tambahan, Pst.Allen sangat dipakai Tuhan dalam pelayanannya untuk mengajar Matematik dan Matematik Tambahan. Baliau merupakan pensyarah di Semenanjung. Kepada semua ibu bapa di sekitar SIB kawasan Perancangan yang ingin anaknya mengikuti pembelajaran ini sila berhubung kepada Pst.Misun Supin melalui telepon 0138711250 atau terus berjumpa dengan Pastor ini bagi tujuan pertanyaan dan pendaftaran.

Kepada sidang yang luar dari kawasan Perancangan juga adalah dialu-alukan untuk mengambil peluang untuk kebaikan masa depan anak-anak kita dan sila berhubung dengan Pst.Misun Supin dengan segera.

Kita sama-sama doakan Pst.Allen sebagai pengajar supaya dipakai Tuhan untuk menjadi alatNya sebagai saluran berkat kepada anak-anak kita yang akan menyertai pembelajaran ini.

TUHAN MEMBERKATI

Orang Bukan Islam Tidak Perlu Patuh Kepada Titah Diraja dan Fatwa

Posted by SibPoring On 4:40 PM

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.
“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain.

Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.
Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.
“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.
“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.
“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.
“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.
Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.
Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.
“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."
Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.
Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri menegaskan pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10 perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.
Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengatakan Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport masuk ke dalam negara.– 20 Januari, 2014.

Sumber:


Natal 2013 - AJK Pelaksana dan Tugas

Posted by SibPoring On 11:30 PM

AJK Pelaksana Natal Peringkat SIB Poring 2013
Penasihat: Pst Misun
Pengerusi: Dkn.Juannis Gampoyo
Setiausaha: Dkns.Jamilah Tingga
Bendahari: Dkn.Henry Tarajun

AJK Kecil Pelaksana Natal 2013
1.    1.   Juruacara (Pta.Dorious Masugal/Dzebla W)
Cgu.Faizal Dorious,  Cgu.Ezranitah Dorious
-          Merangkap Protokol
-          Mengacara Pembukaan dan Penutupan Natal
-          Mengacara setiap sesi
-          Mengacara penyampaian cenderahati
-          Mengacara ucapan

2.      2. PA. System ( Cgu.Halsen Justin)
Eldie Edwin, Joulder Jorden
-          Memastikan PA System berfungsi dengan baik sepanjang Natal
-          Memastikan semua peralatan muzik dalam keadaan baik dan berfungsi sebelum Kebaktian setiap sesi
-          Memastikan tahap bunyi muzik sentiasa seimbang

3.    3Keselamatan (Dkn.Laikim Sulog)
Dkn.Jaiba Radani, Dkn.Ali Langah, Ibas D, Dainie P, Nora B, Janet S.
-          Melantik pengawas kebaktian setiap sesi
-          Memastikan keselamatan jalanraya depan gereja sepanjang Natal

4.      4. Urusetia (Dkns.Jamilah Tingga)
Cgu.Ezranitah Dorious,  Cgu Normy, Boby J
-          Membuat buku Aturcara
-          Membuat Ucapan Selamat Datang/Beribadah LCD Screen
-          Membantu dalam acara penyampaian cenderahati

5.      5. (Juriah Radani)
Dkns, Yuline, Pn.  Rudinah Getiban, Jainab Sani, Janet Sani, Haines Jikol, Nelson J, Airin, Johan, Misa, Salbiah, Halinah, Brena E.
-          Memastikan atur susun semasa jamuan makan
-          Memastikan kuantiti makanan sentiasa mencukupi
-          Mengangkat/menghidang makanan


6.      6. Keceriaan dan Penyediaan Tempat  (Dkns.Deffany Yubidi)
Tracy Dorious, Calvin Dale Yubidi, Elviantica Juannis, Dolorine Azline Dorious, Christyviana Dorious, Erinah Jonis, Efanzy Dorious, Defneeshyrah Dorious, Elvivien Juannis,  Ezron Justin, Hezron Jonis, Tresyah Join, Jay Vencent  Jorden, Lorisnah A dan semua PMM.
-          Designer Natal 2013 (ruang gereja, mimbar, pintu masuk dsb)
-          Menyusun kerusi tempat ibadah
-          Menyediakan meja dan kerusi jamuan

7.      7. Penyambut Jemaat (Pst. Misun Supin)
Semua AJK Majlis Tertinggi Sidang
-          Menyambut  semua jemaat yang hadir
-          Memastikan Jemaat mendapat tempat duduk
-          Memastikan jemaat sudah makan semasa jamuan makan
         
8.      8.  Tukang Masak (Dkn. Henry Tarajun)
Fedlis S, Robert T, Juriah Radani, Julia Getiban, Jainis G, Jalaludin S
-          Membeli dan menyediakan bahan/masakan
-          Mengetuai penyediaan daging/sayur untuk dimasak
-          Mengetuai memasak (gotong-royong)
-          Memastikan makanan/minuman mencukupi jamuan Natal

9.      9. Kebersihan (Dkns. Latiah Tingga & Dkn.Masius)
Pekerja Am,   Nora, Magdelina, 
-          Memastikan kebersihan dalam dan luar gereja sepanjang Natal 2013

     10.   Mengemas dapur dan peralatan ( Dkns. Suilim Likid)
Dainie P, Lesibit G, Resinah , Sutinah D, Malinah L, Juita R, Kreta P, Julini J,
-          mengemas dapur sebelum, semasa dan selepas natal
-          mencuci peralatan sebelum semasa dan selepas natal

1    11.   Penyelaras penginapan, makan & minum Pastor Pengkhutbah Natal (Dkn.Jonis Radani)
Jaigus R, John S, Join R, Erinah J,
-          Memastikan tempat tinggal Pastor pengkhutbah Natal dalam keadaan selesa
-          Memastikan kemudahan tandas dan bilik mandi dalam keadaan baik
-          Memastikan lampu penginapan Pastor penceramah berfungsi
-          Memastikan makan & minum Pastor pengkhutbah mencukupi
-          Memastikan makan & minum tambahan disediakan (minum pagi & malam)
-          Pengangkutan Pastor Pengkhutbah

1    12.   Publisiti
-          Baner Natal (Dkn.Henry)
-          FB (Deffney Y, Tracy D)


1     13.   Tugas-tugas Khas (Dkn.Lajiun S)
-          Melaksanakan tugas-tugas lain yang tidak tersenarai

ATURCARA NATAL 2013

SESI Malam 24.12.2013 – PKK (MC: Christyviana Dorious)
SESI Pagi 25.12.2013 – WIRA (MC: Juanis Gampoyo)
SESI Malam 25.12.2013 – WANITA (MC:Pastor Watrinah K)

Rehasel &Pemain Muzik Natal
Isnin – (PKK) – Elvianalyn, Albory, Raynol, Johilkan Alik
Rabu – (Wanita) -  Dzebla, Eldie, Affendy, Haniol

Khamis – (Wira) Halsen, Eldie, Affendy,  Haniol



Tuisyen Matematik

Posted by SibPoring On 12:09 AM


Shallom, Salam Damai Dalam Kasih Tuhan Yesus Kristus.


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan beberapa perkara yang melibatkan adik-adik PMM khususnya yang masih bersekolah tidak kira tingkatan 1,2 atau yang baru habis PMR dan demikian juga dengan yang akan mengambil SPM, STPM pada tahun ini juga pada tahun depan. Tuhan membuka jalan bagi adik-adik yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik juga Matematik tambahan. 

Merujuk kepada perkara di atas, seorang Pastor dari Pulau Pinang akan datang ke Sabah iaitu di kawasan kita dan akan menyediakan seminar atau lebih tepat iaitu Tuisyen Maths kepada pelajar2 yang masih bersekolah. Pastor ini juga merupakan pensyarah. Beliau dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang matematik dan mengetahui bentuk2 soalan yang dikeluarkan untuk SPM dan STPM. Beliau akan mengajar pelajar sehingga mencapai tahap kefahaman yang maksima.

Beliau akan berada di kawasan kita selama beberapa minggu hanya untuk menyampaikan ilmu dan membantu para pelajar yang menghadapai masalah dalam matapelajaran Matematik.
+++++++++++++++++++++++
Tempat : SIB Poring
Tarikh : 1/11 - 8/11 2013
Masa : Beberapa jam setiap hari sehingga pelajar memahami pelajaran hari tersebut.
Yuran : RM10 sahaja selama 8 hari.

* Kepada yang jauh dari SIB Poring boleh menginap di rumah tumpangan di gereja SIB Poring.
* Makanan tidak ditanggung. (Boleh membeli jual-jualan yang diadakan)
>> Sesiapa yang ingin menyertai Tuisyen Maths ini boleh lah menghantar nama kepada Ketua PMM sidang masing-masing. Dan ketua PMM sidang akan berhubung terus dan menyertakan nama peserta dan yuran RM10 dengan ketua PMM SIB Poring selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2013 bersamaan hari minggu.
>> Terima kasih dan sebarang pertanyaan boleh inbox terus atau sms/call dengan saya. 

~~ Tuhan Memberkati ~~



By Deffany (FB SIB Poring Yout Group)





Pasar Ria 5 Okt 2013

Posted by SibPoring On 11:12 PM

Shalom, Dengan berkat Tuhan Kita, Pasar Ria Anjuran SIB Poring ini telah dilaksanakan pada 5 Okt 2013 di Dewan Kg.Poring. Pasar Ria pada tahun ini dikendalikan oleh barisan AJK Pelaksana yang dipengerusikan Dkn.Henry Tarajun. Semua Majlis Gereja, Pengerusi Persekutuan dan Jemaat telah mengambil bahagian masing-masing dari mula hingga selesai. 

Pihak kepimpinan Majlis Gereja mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada barisan AJK Pelaksana, Para Petugas, Pembeli dan semua Jemaat SIB Poring dan SIB Setempat yang telah mengambil bahagian dan peranan masing-masing sepanjang Pasar Ria ini berlangsung.

Antara aksi-aksi sepanjang Pasar Ria berlangsung























Pasar Ria bermula pada awal pagi dan ditutup pada jam 8.00 malam hari ini (5/10/13). Percayalah bahawa Jeri Payah mu Tidak Sia-sia dan Tuhan akan Melimpahkan Berkat-Nya kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

PASAR RIA - SIB PORING

Posted by SibPoring On 7:58 PM

5.10.2013

Anak2 Tuhan di SIB kawasan Perancangan & SIB Setempat adalah dijemput Datang Beramai-ramai ke PASAR RIA anjuran SIB Poring!!

Tarikh: 5.10.2013
Tempat: Dewan Kampung Poring 

'Berbagai aneka makanan & minuman paling top di Poring'
'Bermacam-macam sayuran kampung kegemaran'
'Taja-menaja lagu2 Rohani'

'Macam2 lagi ada disediakan utk anda'

Ingat pesan Bendahari hari tu, "jangan bawa duit yg sedikit tapi bawa yg banyak...kasi abis setengah tu pendapatan durian"  joke saja... hehe..

"Memberilah dgn rela hati, ingatlah bahawa itu adalah salah satu pelayanan kita"

"JUMPA ANDA DISANA"


"BERDOA, BERVISI & BERMISI"

Ukurlah Saya

Posted by SibPoring On 1:48 PM


Bacaan: Efesus 4:11-16

NATS: Yesus makin dewasa dan bertambah hikmat-Nya (Lukas 2:52)

Maukah Anda mengukur tinggi badan saya hari ini?" tanya Caleb, pengantar koran kami. Ini bukan kali pertama ia meminta hal itu. Beberapa tahun silam, saya pernah mengatakan bahwa ia bertambah tinggi. Sejak itu, kami kerap mengukur tinggi badannya dengan papan di dinding bagian luar rumah kami. Itu sebabnya hingga saat ini ia masih suka meminta saya mengukur tinggi badannya. 

Pengukuran dapat menjadi penanda pertumbuhan. Mengukur pertumbuhan rohani kita merupakan ide bagus. Sebagai contoh: Apakah saya meluangkan waktu untuk membaca firman Allah dan berbicara dengan-Nya setiap hari? Apakah saya rindu bersekutu dengan Tuhan? "Buah Roh" apa yang tampak dalam hidup saya? Apakah saya berbicara tentang Yesus kepada orang yang belum mengenal-Nya? Bagaimana saya menggunakan karunia rohani? Apakah saya suka memberi dan pemurah? Seberapa besar peningkatan kualitas saya dalam mengenal Allah hari ini dibanding tahun lalu? Berbagai pertanyaan ini merupakan indikator yang baik untuk mengukur pertumbuhan rohani. 

Seorang anak sepertinya tumbuh besar dengan tiba-tiba, tetapi sesungguhnya hal itu merupakan suatu proses yang berkesinambungan. Seperti halnya Yesus tumbuh dalam hikmat dan fisik-Nya, kita sebagai orang kristiani harus terus "bertumbuh(lah) dalam anugerah dan dalam pengenalan akan Tuhan dan Juru Selamat kita, Yesus Kristus" (2Petrus 3:18). Kita bukan lagi anak-anak, tetapi kita diminta untuk "bertumbuh di dalam segala hal ke arah Dia, Kristus, yang adalah Kepala" (Efesus 4:14,15). Sudahkah Anda mengukur diri Anda akhir-akhir ini? -CHK 

KESELAMATAN ADALAH MUKJIZAT DALAM SEKEJAP

PERTUMBUHAN ADALAH UPAYA SEPANJANG MASA


Credit to: Geofarry Gunsalam FB

Kalau Bunyi Sangkakala Ku Ada

Posted by SibPoring On 1:12 PM



KALAU BUNYI SANGKAKA KU ADA

KALAU ZAMAN INI LALU PADA HARI KIAMAT
KALAU SANGKAKALA ALLAH DATANGLAH
KALAU ORANG YANG BER'SLAMAT BERKELILING TAKHTANYA
KALAU NAMA KU DIPANGGIL KU ADA

KALAU BUNYI SANGKAKALA...3X
KALAU BUNYI SANGKAKALA KU ADA

PADA HARI YANG MULIA S'MUA SALEH ADALAH
BERTEMAN DI DALAM TEMPAT YANG PERMAI
OLEH KECINTAAN YESUS DAN ANUG'RAH AL-MASEH
KALAU NAMA KU DIPANGGIL KU ADA

HARUS KU BEKERJA KERNA TUHAN HINGGA MALAM G'LAP
HARUS KU BERSAKSI DARI CINTANYA
KALAU NANTI HABIS KERJA BARU BATIN KU TETAP
KALAU NAMA KU DIPANGGIL KU ADA



Ku Dibri Kuasa

Posted by SibPoring On 7:14 PM




KU DIB‘RI KUASA - True Worshipper

KU DIB‘RI KUASA DARI RAJA MULIA
MENAKLUKKAN MUSUH DI BAWAH KAKIKU
KUPAKAI KUASA DARI RAJA MULIA
BILA ALLAH ADA BERSAMAKU SIAPA JADI LAWANKU
SUNGGUH BESAR KAU TUHANKU
ENGKAU PERISAI HIDUPKU
KU BERDIRI DENGAN IMAN
IMAN DALAM YESUS TUHAN
KAU YANG MEMB’RI KEMENANGAN
KU BERSORAK MERAYAKAN
TERPUJILAH ENGKAU RAJA S’GALA RAJA


SIB PORING

Posted by SibPoring On 10:07 AM

SIB Poring adalah web perkongksian jemaat SIB Poring dan Sidang Injil Borneo keseluruhannya. SIB Poring terletak 20 km dari pekan Ranau dan merupakan laluan ke Taman Air Panas Poring. SIB Poring berada di sebelah kiri dan jarak 1 km sebelum Taman Air Panas Poring.

Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan anda boleh menghubungi kami melalui web http://sibporing.blogspot.com atau melalui email sibporing@gmail.com

Kami jemaat SIB Poring mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kesudian anda mengunjungi web blog kami, Tuhan Memberkati Anda