12:25 AM
0
Shallom !

Makluman penting kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan dalam tingkatan 3, 4 dan 5 pada pahun 2014 ini.

Pihak kepimpinan gereja SIB Poring akan menganjurkan satu sesi pembelajaran khususnya matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan pada ketetapan berikut.



Tarikh: 21-28 Mac 2014
Tempat: Gereja SIB Poring Ranau
Yuran: RM 15 seorang sahaja selama seminggu pembelajaran. 

Sebagai info tambahan, Pst.Allen sangat dipakai Tuhan dalam pelayanannya untuk mengajar Matematik dan Matematik Tambahan. Baliau merupakan pensyarah di Semenanjung. Kepada semua ibu bapa di sekitar SIB kawasan Perancangan yang ingin anaknya mengikuti pembelajaran ini sila berhubung kepada Pst.Misun Supin melalui telepon 0138711250 atau terus berjumpa dengan Pastor ini bagi tujuan pertanyaan dan pendaftaran.

Kepada sidang yang luar dari kawasan Perancangan juga adalah dialu-alukan untuk mengambil peluang untuk kebaikan masa depan anak-anak kita dan sila berhubung dengan Pst.Misun Supin dengan segera.

Kita sama-sama doakan Pst.Allen sebagai pengajar supaya dipakai Tuhan untuk menjadi alatNya sebagai saluran berkat kepada anak-anak kita yang akan menyertai pembelajaran ini.

TUHAN MEMBERKATI

0 comments:

Post a Comment