9:04 PM
0
Shalom, hari ini 4.7.14 aktiviti gotong-royong meroboh rumah lama Pastor dilaksanakan.

Rumah Lama Pastor Dibongkar

Beberapa jemaat yang terlibat adalah dari kalangan wira dan pmm. Dkn. Jonis R mengetuai gotong-royong dan turut serta adalah pastor sidang (Pst. Misun S). Beberapa orang wira dan Dakon turut terlibat. Gotong-royong bermula pada jam 9.00 pagi. Dkn. Henry telah menyediakan makan dan minum.

Dkn.Jonis Pengerusi Pembangunan

Gotong-royong ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan oleh bahagian Ajk. Pembangunan SIB Poring. Gotong-royong kali ini sangat diberkati Tuhan hingga selesai meroboh sebelum jam  4.00 petang. 

Kerja2 Meroboh

Saya bagi pihak barisan kepimpinan majlis gereja mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.



Siap Meroboh Sebelum Jam 4.00 Petang
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana berkat penyertaan Tuhan memberi kekuatan tenaga kepada semua yang terlibat meroboh yang bermula jam 9.00 pagi dan siap membongkar sebelum jam 4.00 petang. Tuhan akan memberkati semua yang telah terlibat dan juga yang akan terlibat pada masa gotong-royong akan datang.

0 comments:

Post a Comment