12:09 AM
0

Shallom, Salam Damai Dalam Kasih Tuhan Yesus Kristus.


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan beberapa perkara yang melibatkan adik-adik PMM khususnya yang masih bersekolah tidak kira tingkatan 1,2 atau yang baru habis PMR dan demikian juga dengan yang akan mengambil SPM, STPM pada tahun ini juga pada tahun depan. Tuhan membuka jalan bagi adik-adik yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik juga Matematik tambahan. 

Merujuk kepada perkara di atas, seorang Pastor dari Pulau Pinang akan datang ke Sabah iaitu di kawasan kita dan akan menyediakan seminar atau lebih tepat iaitu Tuisyen Maths kepada pelajar2 yang masih bersekolah. Pastor ini juga merupakan pensyarah. Beliau dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang matematik dan mengetahui bentuk2 soalan yang dikeluarkan untuk SPM dan STPM. Beliau akan mengajar pelajar sehingga mencapai tahap kefahaman yang maksima.

Beliau akan berada di kawasan kita selama beberapa minggu hanya untuk menyampaikan ilmu dan membantu para pelajar yang menghadapai masalah dalam matapelajaran Matematik.
+++++++++++++++++++++++
Tempat : SIB Poring
Tarikh : 1/11 - 8/11 2013
Masa : Beberapa jam setiap hari sehingga pelajar memahami pelajaran hari tersebut.
Yuran : RM10 sahaja selama 8 hari.

* Kepada yang jauh dari SIB Poring boleh menginap di rumah tumpangan di gereja SIB Poring.
* Makanan tidak ditanggung. (Boleh membeli jual-jualan yang diadakan)
>> Sesiapa yang ingin menyertai Tuisyen Maths ini boleh lah menghantar nama kepada Ketua PMM sidang masing-masing. Dan ketua PMM sidang akan berhubung terus dan menyertakan nama peserta dan yuran RM10 dengan ketua PMM SIB Poring selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2013 bersamaan hari minggu.
>> Terima kasih dan sebarang pertanyaan boleh inbox terus atau sms/call dengan saya. 

~~ Tuhan Memberkati ~~



By Deffany (FB SIB Poring Yout Group)





0 comments:

Post a Comment