11:12 PM
0
Shalom, Dengan berkat Tuhan Kita, Pasar Ria Anjuran SIB Poring ini telah dilaksanakan pada 5 Okt 2013 di Dewan Kg.Poring. Pasar Ria pada tahun ini dikendalikan oleh barisan AJK Pelaksana yang dipengerusikan Dkn.Henry Tarajun. Semua Majlis Gereja, Pengerusi Persekutuan dan Jemaat telah mengambil bahagian masing-masing dari mula hingga selesai. 

Pihak kepimpinan Majlis Gereja mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada barisan AJK Pelaksana, Para Petugas, Pembeli dan semua Jemaat SIB Poring dan SIB Setempat yang telah mengambil bahagian dan peranan masing-masing sepanjang Pasar Ria ini berlangsung.

Antara aksi-aksi sepanjang Pasar Ria berlangsung























Pasar Ria bermula pada awal pagi dan ditutup pada jam 8.00 malam hari ini (5/10/13). Percayalah bahawa Jeri Payah mu Tidak Sia-sia dan Tuhan akan Melimpahkan Berkat-Nya kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

0 comments:

Post a Comment