10:35 PM
0

Salam kasih dalam nama Yesus Kristus. Pembakaran Alkitab yang diwar-warkan sebelum ini tidak tepat apabila tidak ada kejadian tersebut pada 27.1.2013. Bagaimanapun sesungguhnya kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana tidak mengizinkan keadaan itu berlaku. Sekiranya ia benar-benar berlaku, sudah pastilah akan berlaku sedikit kepincangan dalam usaha menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia (1 Malaysia). 

Walau apapun yang akan berlaku, sebenarnya umat Kristian siap untuk menerima penghinaan seumpama itu. Kita berdoa agar pihak-pihak yang berhasrat melakukan perkara tersebut diampuni Tuhan. Mereka sebenarnya tidak tahu dengan apa yang mereka sedang rancang.

Sekali lagi kita bersyukur kepada Tuhan kerana cerita yang telah diwar-warkan tidak berlaku. Semoha pihak-pihak tersebut diberi kesedaran oleh Tuhan Yesus Kristus.

0 comments:

Post a Comment