2:52 PM
0
Kasih adalah senjata untuk melawan segala rasa benci, iri hati, amarah dan sebagainya yang tidak berkenan di hadapan TUHAN.

Kasih boleh dikategorikan kepada 3;

1. KASIH PHILEO adalah kasih antara manusia yang ada kaitan dengan persaudaraan, atau ahli keluarga. (mengasihi orang lain kerana ada kaitan keluarga)

2. KASIH EROS adalah kasih bersyarat. Mengasihi orang lain kerana mengharapkan balasan. (jika orang lain mengasihi, dia juga mengasihi orang itu)

3. KASIH AGAPE adalah kasih tanpa syarat atau tidak mengharapkan balasan. (seperti kasih TUHAN terhadap manusia sehingga sanggup mati di kayu salib untuk kita)

Ringkasan Khotbah 6 Mac 2011

a) Memiliki Kasih Agape Bererti Kita Mengenal Tuhan

1 YOH 4:8, YOH 3:16, ROMA 8:35

b) Kasih Agape Adalah Kekal dan Tidak Pernah Gagal

1 KOR 13:4-8


Ringkasan khotbah pada 13 Mac 2011

Hidup Yang Mengasihi dan dikasihi

KOL 3:12-13, 1 YOH 2:9

3 Cara Melakukan Kasih Agape

a) Akui Kesalahan Kita Terhadap Orang Lain
- Adam & Hawa tidak mengaku kesalahan mereka memakan buah pengetahuan ketika ditanya TUHAN di Taman Eden. Sebaliknya melemparkan kesalahan itu kepada pihak lain.
- Anak bongsu yang telah menghabiskan harta bahagiannya dia kembali kepada bapanya dan mengakui kesalahannya.

b) Mengampuni Orang Lain
- Kita harus mengampuni orang lain agar kita juga diampuni oleh TUHAN

c) Mengasihi Orang lain
- Kasihilah orang lain seperti kita mengasihi diri sendiri
- YESUS penuh dengan kasih maka kita harus ada kasih

0 comments:

Post a Comment